Diceritakan
dalam al-Qur’an, bahwa setiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari
mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah.
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa
hisab”
Itulah kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam.
Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun,
sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau
memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan
dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah
dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa
kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan
menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul.
Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan
mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai
Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi
Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak,
bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu,
Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku,
padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah
mencapai usia yang sangat tua.”
Allah
berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah
jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”
Kemudian
Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah
berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia
selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu,
Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat
ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan
petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita
gembira itu.
Firman Allah
bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah
berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah
menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan
kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada
pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
Doa Nabi
Zakaria. a.s.
Surah Ai
Imran 3:38
Ketika itu
Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku,
berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha
Pendengar doa”.
Imam al
Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan
mendapat zuriat
sehinggalah
baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan
musimnya.
Maka baginda
meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula
baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun.
Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
(Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran –
Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)
Surah
Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku
janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan
yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa
Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali
Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak
yang soleh.




!>
0 comments:
Post a Comment