Wirid Surat al-Waqi’ah -
Surat al-Waqiah sudah sangat terkenal di kalangan ahli wirid sebagai
surat yang mempunyai khasiat dan fadhilah untuk mendatangkan kekayaan. Banyak
cara pengamalan surat Waqi’ah ini yang disampaikan oleh beberapa kyai atau
ulama. Tentang waktunya dan jumlah pengamalan surat inipun berbeda-beda.
Rasulullah s.a.w. bersaba: “Barang siapa membaca surah
Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. juga : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap
malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Ada lagi Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah
Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Rasulullah s.a.w. meminta kita mengajarkan surat ini kepada
anak-anak kita : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka
dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa
membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak
40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa
kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran,
terletak pada juz ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana
di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang
ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat,
balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti
kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa fadhilah,
antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu
kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang
yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis
(sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan
dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan
membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat
Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan
seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki.
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas
solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai
pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumat berikutnya itu, selepas solat
Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah
ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah
surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang
nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca
disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian
dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan
dengan mudah.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih
dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari
Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan,
daging, segala hewan, hanya makan sayur-sayuran saja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah
Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat
fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhiri pembacaan Al-Waqi’ah itu
pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah
Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
niat amalkan tiap hari insya ALLOH
ReplyDelete